Sunday, January 6, 2013

SEOLAN

SOALAN




Berikut adalah soalan-soalan lazim yang sering diajukan oleh individu yang berminat untk mendaftar sebagai AGEN AngkaT TopuP!



1] Adakah saya perlu membeli nombor telefon baru (SIM Card) untuk mendaftar sebagai AGEN AngkaT TopuP!?

Tidak. Anda boleh menggunakan no. telefon yang sediada atau yang anda gunakan sekarang untuk pendaftaran. Perkhidmatan ini hanya terbuka kepada pengguna talian Celcom & Maxis sahaja.

2] Adakah server AngkaT TopuP! menyokong jualan tambah nilai untuk no. tel dan jumlah yang sama lebih daripada sekali dalam tempoh 24 jam?
Ya. Server AngkaT TopuP! boleh melakukan jualan topup sebanyak manapun dalam tempoh 24 jam. Format SMS bagi melakukan jualan tambah nilai kepada no. tel pada nilai yang sama dalam tempoh 24jam adalah TOL<jarak>[kodproduk].[no. tel pelanggan]

3] Jika saya tersalah memasukkan no. tel pelanggan ketika melangsungkan jualan, adakah kredit tersebut boleh ditarik(rollback) ?
Tidak. Jika anda telah menghantar format untuk topup kepada server dan berstatus berjaya, ia tidak dapat ditarik(rollback). Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas kerugian yang dinyatakan. Pastikan no. tel pelanggan diisi dengan betul sebelum dihantar ke no. server.

4] Adakah modal kredit jualan AGEN AngkaT TopuP! mempunyai had atau tempoh sah?
Tidak. Modal kredit jualan AGEN AngkaT TopuP! tidak mempunyai had, tempoh sah, tarikh luput atau sebagainya. Jika modal kredit jualan anda tidak mencukupi, anda hanya perlu membuat penambahan modal bagi membolehkan anda melangsungkan jualan.

5] Macamana nak daftar YM, FB dan Hangouts?
Hubungi saya di +60109024504. (WAJIB MENGGUNAKAN NOMBOR YANG TELAH BERDAFTAR DENGAN KAMI)

6] Adakah server AngkaT TopuP! beroperasi 24 jam?
Ya. server beroperasi selama 24 jam secara automatik. Anda boleh melakukan urusan jualan dimana sahaja dan pada bila-bila masa.

7] Berapakah tempoh menunggu untuk satu transaksi jualan diproses?
Kebiasaannya, server akan memproses segala transaksi topup kurang daripada 20 saat. Transaksi yang mengambil tempoh melebihi 10 minit tidak akan diproses. AGEN akan mendapat SMS permberitahuan samada transaksi berjaya atau gagal.

8] Saya merupakan pengguna talian pascabayar (Postpaid), adakah saya layak untuk mendaftar sebagai AGEN AngkaT TopuP!?
Ya. Sekiranya anda menggunakan talian pascabayar.

9] Adakah saya perlu memperbaharui pendaftaran AGEN AngkaT TopuP! pada setiap tahun?
Tidak. Pendaftaran adalah percuma seumur hidup dan tidak perlu diperbaharui.

10] Berapakah tempoh masa yang diambil bagi penambahan modal ke akaun AGEN?
Kurang dari 10 minit. Masa diperlukan untuk menyemak kesahihan maklumat pembayaran yang diterima. Pastikan maklumat  no. id agen, bank, tarikh, masa dan jumlah yang betul. Sila hubungi talian HELPLINE jika anda mengalami masalah.

11] Saya berumur 12 tahun. Bolehkah saya mendaftar sebagai AGEN AngkaT TopuP!?
Boleh. Tiada syarat umur untuk mendaftar sebagai AGEN kami.

12] Adakah AngkaT TopuP! boleh dipercayai?
Sila rujuk maklumat syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengenai kesahihan syarikat kami. Kami sangat mengalu-alukan individu membuat laporan polis sekiranya berlakunya penyelewengan atau penipuan.

No comments:

Post a Comment