Sunday, January 6, 2013

UTAMA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani; selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Terima kasih diatas kunjungan anda ke blog ini.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin, limpah dan kurnia Nya jua dapat kami melancarkan laman sesawang ini serta membuka peluang kepada setiap individu bagi menceburi industri perniagaan telekomunikasi prabayar di Malaysia ini.

Laman sesawang ini diwujudkan untuk menjadi pentas maklum balas dan penjana maklumat kepada rakan-rakan niaga atau individu yang berminat untuk bersama-sama menjana pendapatan dalam industri telekomunikasi. Bersesuaian dengan cabaran dan perkembangan perniagaan semasa, amatlah wajar bagi kami untuk merangka pendekatan dan strategi perniagaan bagi memastikan kelangsungan peranan sebagai syarikat yang memberi peluang perniagaan kepada anda.

GHL JAYA ENTERPRISE telah ditubuhkan sejak 2000. Kami memperkenalkan jenama AngkaT TopuP! dipasaran dengan rangkaian perkhidmatan Server E-Reload di kedai-kedai runcit dan individu. Kota Bharu, Kelantan adalah lokasi di mana terletaknya pejabat urusan kami yang merupakan tapak kami beroperasi.


GHL Jaya Enterprise adalah syarikat berstatus bumiputra dan berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat dan Kementerian Kewangan Malaysia. Kami adalah "Dealer" sah yang dilantik oleh syarikat telekomunikasi Celcom, Digi & Maxis. Kini, kami berkelayakan untuk membuka peluang kepada anda untuk menceburi perniagaan produk tambah nilai prabayar..

Syarikat GHL Jaya Enterprise   mempunyai kelebihan dan kelainan yang tersendiri. Penglibatan syarikat kami yang menjangkau masa lebih 10 tahun membolehkan kami memahami setiap keperluan dan permintaan rakan niaga, untuk kini dan di masa akan datang. GHL Jaya Enterprise memberikan komitmen sepenuhnya demi mencapai kualiti perkhidmatan yang terbaik, secara professional, berkepakaran dan berteknologi.

Sila ke laman SERVIS bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai peluang perniagaan di AngkaT TopuP!

No comments:

Post a Comment